Angkatan Muda Keadilan bidas MUDA

ALOR SETAR – Tindakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Kedah memuat naik poster kontroversi diibaratkan ‘menyantau secara tersirat’ dan harus segera dibuang agar tidak lagi berlaku serangan sulit bersahaja seperti dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi Langkah Sheraton.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohammed Firdaus Johari berkata, kelicikan politik seperti itu harus dielakkan terutama apabila kedua-dua pihak sedang membina jalinan kerjasama baharu di peringkat Pusat.

Menurutnya, walau apa pun justifikasi serta permohonan maaf atas sikap gagal menjaga sensitiviti hubungan kerjasama ini, ia ternyata telah mencalarkan keharmonian dua pihak.

“Kami kesal dengan tindakan Muda Kedah memuat naik poster kontroversi berbaur penghinaan dan kecaman tidak berasas, apabila mengaitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PH dengan amalan korupsi.

“Ilustrasi poster tersebut menggambarkan ketidakfahaman mereka terhadap sejarah politik Malaysia yang sebenar. Sedar atau tidak, sinis atau sindir bersahaja tanpa memahami hakikat sebenar adalah racun yang boleh melarat menjadi virus fitnah dalam persahabatan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Rabu, tular di media sosial berkaitan hantaran Muda Kedah tentang poster bertulis ‘Hentikan Korupsi’ membabitkan empat parti iaitu Barisan Nasional (BN), PH, PKR dan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum itu, Syed Saddiq turut memohon maaf atas kekhilafan beliau merendahkan tugas dan tanggung jawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di laman sosialnya.

Mengulas lanjut, Mohammed Firdaus berkata, perkembangan kerjasama yang positif untuk Muda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menggambarkan kematangan parti-parti politik ‘senior’ terhadap ‘bayi’ yang baru lahir dan belum diuji kekuatannya namun bersemangat melakukan perubahan dalam kebaikan.

“Lantaran itu, mengapa harus digigit tangan yang sedang mendukung dan membelai kalian.

“Usah bercakap soal perubahan dan penambahbaikan atas nama kebenaran, sekiranya adab dan sahsiah tidak selari dalam perbuatan, tiada kebaikan jika gopoh atau tergesa-gesa,” katanya.

Menurutnya lagi, Muda harus bijak mengawal gelojak jiwa muda dengan akal dan akhlak, bukannya mengikut rasa angkuh semberono.

“Semoga barisan pimpinan Muda Kedah dan Muda Pusat sedia mendengar teguran secara terbuka, seperti mana teguran ini juga adalah kepada sesama kita dalam PKR dan PH. Jangan sekali-kali terjadi lagi hal sebegini,” katanya.

Angkatan Muda Keadilan bidas MUDA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker