Sindiran Nik Abduh buat siapa?
PETALING JAYA: Satu hantaran di Facebook Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menimbulkan tanda tanya sama ada berhubung dengan pemecatan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama atau sebaliknya.
Ini berikutan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas itu menyifatkan mereka yang bersabar itu bukan menunjukkan mereka itu bisu, tetapi agar kebenaran itu tidak dibisukan.
“Sabar itu bukan bisu. Sabar adalah agar kebenaran tidak dibisukan,” katanya dalam laman facebook, hari ini.
Nik Mohamad Abduh sebelum ini tampil menuntut penjelasan rasmi pimpinan tertinggi Pas berhubung pengguguran Mohd. Khairuddin sebagai AJK Pas itu.
Kelmarin, media melaporkan, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu sekali lagi kehilangan jawatan tertinggi Pas apabila parti memutuskan memecatnya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama berkuat kuasa Selasa lepas.
Pemecatan itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau disingkirkan daripada jawatan AJK Pas pada 12 Januari lalu.
Sindiran Nik Abduh buat siapa?
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET