Saintis bangunkan vaksin Covid-19 boleh sedut
HAMILTON, KANADA – Sekumpulan saintis Universiti McMaster di Kanada membangunkan vaksin Covid-19 menggunakan kaedah sedutan yang menawarkan perlindungan lebih menyeluruh dan tahan lama dalam melawan virus SARS-CoV-2, lapor laman berita Wion News semalam.
Menerusi kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cell, vaksin sedutan itu adalah lebih berkesan untuk mendorong tindak balas imunisasi kerana ia menyasarkan paru-paru dan saluran pernafasan, tempat di mana virus Covid-19 mula memasuki badan.
“Apa yang kami temui dalam penyelidikan bertahun-tahun ini adalah vaksin yang disalurkan ke paru-paru mendorong imuniti mukosa pernafasan pelindung menyeluruh.
“Ia merupakan satu ciri yang tidak dipunyai oleh vaksin yang disuntik,” kata ketua penyelidik, Profesor Zhou Xing.
Sementara itu, ketua bersama kajian praklinikal, Profesor Brian Lichty berkata, situasi pandemik kini menunjukkan bahawa bekalan vaksin menjadi satu cabaran besar buat seluruh dunia.
“Kaedah pemberian vaksin seperti ini dapat memperluaskan bekalan vaksin secara signifikan, sekali gus membawa perubahan kepada situasi pandemik,” ujarnya. – AGENSI
Saintis bangunkan vaksin Covid-19 boleh sedut
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur