Menantu acu pistol kerana mentua sering campuri hal rumah tangga
JAKARTA – Gara-gara tidak tahan dengan sikap mentua yang sering masuk campur dalam urusan rumah tangganya, seorang lelaki di wilayah Sumatera Selatan bertindak mengacukan pistol ke arah mereka serta mengugut untuk melepaskan tembakan, lapor laman berita Sindo News semalam.
Ketua Polis Gandus Palembang, Asisten Komisioner Polis Kusyanto berkata, suspek, Dedi Tetra Utama @ Pakcik, 47, bagaimanapun hanya melepaskan tembakan ke udara dan tiada sesiapa yang dilaporkan cedera.
“Polis memberkas suspek bersama bahan bukti iaitu sepucuk pistol jenis FN yang berisi peluru.
“Kami masih menyiasat bagaimana suspek boleh memiliki senjata api itu.
“Selain itu, suspek turut mengaku dia berasa berang terhadap ibu dan bapa mentuanya yang sering mencampuri urusan rumah tangganya,” kata Kusyanto.
Dalam pada itu, suspek yang hanya berdiam diri selepas ditangkap polis mengakui kejadian tersebut.
“Saya berasa marah. Urusan rumah tangga sering dicampuri (oleh mentua),” katanya.
Jika disabitkan bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun kerana memiliki senjata api dan mengancam untuk melakukan jenayah. – AGENSI
Menantu acu pistol kerana mentua sering campuri hal rumah tangga
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA
You must be logged in to post a comment.