MB Selangor bakal ditentang, PKR Perak cari pengganti Farhash
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak akan mengadakan perjumpaan dengan Anwar Ibrahim untuk memilih pengerusi sementara bagi mengetuai parti terbabit pada hari ini.
Menurut sumber, pertemuan tersebut diadakan selepas pucuk pimpinan parti mengambil keputusan untuk menggantikan penyandangnya, Farhash Wafa Salvador Rizal.
“Pucuk pimpinan parti berjumpa dengan Farhash dua hari yang lalu.
“Hasil pertemuan tersebut kedua-dua pihak bersetuju untuk melantik seorang pengerusi interim (sementara) menggantikan Farhash sehingga berlangsungnya pemilihan parti pada April ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Sesuai dengan ketetapan itu, tambah sumber terbabit, kesemua anggota MPN Perak bersama ketua-ketua cabang diminta hadir untuk bertemu dengan Anwar selaku presiden PKR.
Namun, sumber itu tidak memberitahu sebab di sebalik langkah menggantikan Farhash yang memegang jawatan itu sejak 2019.
Untuk rekod sebelum ini Farhash mengesahkan dia akan bertanding untuk merebut jawatan ketua cabang Gombak sekali gus menentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Bekas setiausaha politik Anwar itu berkata tindakan tersebut diambil selaras dengan peraturan dan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan parti.
Sementara itu ketika dihubungi, satu sumber terdekat dengan pejabat Anwar mengesahkan perjumpaan yang akan berlangsung hari ini.
“Mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat parti pada jam 3 petang. Akan ada pemilihan untuk pengerusi interim,” katanya.
Sementara itu, sumber dari PKR Perak pula menyatakan setakat ini terdapat dua nama yang disebut-sebut sebagai calon utama yang akan menggantikan Farhash.
Katanya, mereka ialah Ketua Cabang Teluk Intan, Muzaffar Shah Khairuddin, dan Ketua Cabang Tambun, Muhammad Arafat Varisai Mahamad.
“Tetapi, peluang Arafat agak tipis kerana dia dianggap sebagai penyokong kuat Rafizi Ramli,” katanya.
Selain menentang Amirudin di cabang Gombak, Farhash juga disebut-sebut akan bertanding sebagai timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang.
Azmin akan ditentang di Gombak, PKR Perak cari pengganti Farhash
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET