Harga ayam mula turun di beberapa negeri

KUALA LUMPUR – Harga ayam mula menunjukkan trend penurunan di beberapa negeri sejak kebelakangan ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beliau berkata, penurunan harga ayam itu disebabkan jumlah jualan di peringkat runcit yang merosot ketika harga ayam mencecah RM10 sekilogram pada September lepas menyebabkan terjadinya pembetulan harga.

Menurutnya, kerajaan menjangka harga baja dan racun juga akan mengalami pembetulan pada suku pertama tahun depan susulan pemulihan pengeluaran sebatian bahan kimia yang digunakan untuk penghasilan baja dan racun pertanian di negara pengeksport kepada kapasiti asal.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada persidangan Dewan Negara, di sini pada Isnin.

Sementara itu, Nik Muhammad Zawawi berkata, kerajaan mengambil tindakan kolektif dengan penubuhan pasukan petugas rentas kementerian bagi menangani isu kenaikan harga ayam, sayur, baja dan racun pertanian.

Kata beliau, kementerian yang terlibat ialah MAFI, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Kewangan.- Bernama

Harga ayam mula turun di beberapa negeri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Upah pengawal peribadi kerana kenyataan Ramasamy – Zakir Naik

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker