Kasihan Muhyiddin tiada modal, kluster mahkamah bertanding pun tidak

 

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Muhyiddin Yassin sebagai “individu ketandusan kecerdasan” kerana terus menyerang pemimpin Umno yang digelarnya “kluster mahkamah”, sedangkan tiada seorang pun bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata Presiden Bersatu itu tiada modal konkrit, perancangan masa depan dan cita-cita baru untuk dihidangkan kepada pengundi negeri itu sebaliknya terus menyerang peribadi pemimpin Umno.



“Saya kasihan benar dengan Presiden Bersatu ini. Benar-benar beliau ketandusan kecerdasan. Siang dan malam, tidur tak lena, mandi tak basah kerana dibayangi dengan ‘kluster mahkamah’.

“Rupanya penglibatan Bersatu dalam PRN Johor hanya untuk menentang ‘kluster mahkamah’. Tiada rencana konkrit, lakaran masa depan dan cita-cita yang segar,” katanya di Facebook.

Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam mendakwa satu-satunya cara untuk menghalang “kluster mahkamah” daripada kembali berkuasa ialah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor.

“Jika parti mereka menang PRN Johor, mereka akan mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen supaya pilihan raya umum pula dapat diadakan.



“Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri tetapi yang menguasai Umno adalah Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi). Apabila Parlimen dibubarkan, yang berkuasa menentukan calon yang akan bertanding dan mengetuai parti dalam pilihan raya adalah Presiden, bukan Perdana Menteri,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata Muhyiddin tidak seharusnya mengheret rakyat negeri itu ke kancah “ketidaksukaan” beliau terhadap tokoh tertentu.

“Yang utama kepada rakyat Johor ialah mencari kerajaan yang stabil dan boleh memulihkan semula ekonomi,” katanya.

Beliau turut mendakwa Muhyiddin sedang berdepan dengan krisis terbesar dalam perjalanan politiknya selepas kehilangan sokongan sebagai Perdana Menteri, dan gagal dalam beberapa siri PRN termasuk di Melaka dan Sarawak.



Katanya, Bersatu kini hanya ada PAS sebagai sandaran, ketika ramai pemimpin dan ahli Bersatu keluar meninggalkan “bos mereka”.

“Dari sehari ke sehari, semakin ramai pimpinan dan ahli Bersatu keluar meninggalkan parti.

“Karma talkin beliau terhadap Umno kembali menghantui Bersatu. Semuanya ciptaan beliau sendiri, bukan orang lain,” katanya.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker