24 lagi kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 24 kematian baharu akibat Covid-19 pada Jumaat.

Menurut data KKM di portal CovidNow, kesemua kematian yang dilaporkan itu berlaku termasuk di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik kini meningkat kepada 32,099 orang daripada lebih daripada 2.9 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 122,991 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 111,323 individu dikuarantin di rumah manakala 6,001 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, data KKM turut menunjukkan bahawa sebanyak 5,512 kes dirawat di hospital dan 155 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 80 pesakit memerlukan bantuan pernafasan manakala 57 lagi memerlukan mesin ventilator.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker