Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri Puteri Wangsa ke Muda

Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri Puteri Wangsa ke Muda

Ketua Wanita PKR Johor Napsiah Khamis meluahkan rasa tidak puas hati atas keputusan Amanah menyerahkan kerusi Puteri Wangsa kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Hal itu berlaku selepas Amanah dan DAP pada hari ini mengumumkan mereka bersetuju menyerahkan enam kerusi kepada Muda untuk ditandingi dengan satu daripadanya Puteri Wangsa.



“Amanah gadai Puteri Wangsa kepada Muda. Saya cuba berlapang dada apabila kerusi ini diberikan kepada Amanah atas kesepakatan rakan lama dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya sudah siapkan jentera-jentera untuk calon Amanah, tapi Amanah dengan mudah berikan kerusi ini kepada Muda?” ciapnya di Twitter.

Napsiah sebelum ini turut menyatakan rasa tidak berpuas hati apabila kerusi itu diberikan kepada Amanah dan bukannya PKR.

Daripada enam kerusi yang diberikan kepada Muda, Puteri Wangsa dilihat sebagai kerusi yang paling berpotensi untuk dimenangi memandangkan PH – dan sebelumnya Pakatan Rakyat – berjaya menang di kawasan itu selama dua penggal.



Pada pilihan raya umum (PRU) 2013, PAS – ketika itu masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat – memenangi kerusi Puteri Wangsa dengan majoriti 3,469 undi.

Sebagai rakan strategik

Selepas PAS keluar daripada gabungan berkenaan, Amanah menggantikan tempat mereka dalam PH.

Bagaimanapun, kerusi Puteri Wangsa diserahkan kepada Bersatu sebagai sebahagian daripada rundingan bagi membolehkan parti tersebut bertanding di majoriti kerusi di negeri Johor pada PRU ke-14 lalu.



Bersatu menang di situ dengan majoriti 24,949 undi, tetapi parti berkenaan berpaling tadah dengan meninggalkan PH pada 2020.

Dalam rundingan awal dalam kalangan parti komponen PH, kerusi Puteri Wangsa diberikan kepada Amanah dan parti itu – bersama DAP yang merundingkan pembahagian kerusi – bersetuju menyerahkannya kepada Muda.

Amanah turut menyerahkan Tenang, Bukit Kepong dan Parit Raja kepada Muda manakala DAP menyerahkan kerusi Machap dan Bukit Permai.

Dengan penyerahan empat kerusi itu, Amanah yang pada asalnya diperuntukkan 20 kerusi kini bakal bertanding di 16 kerusi sementara DAP pula berkurangan daripada 16 menjadi 14.



Parti-parti komponen PH itu melihat Muda yang diterajui kepemimpinan lebih muda sebagai rakan strategik mereka dalam PRN Johor.

PKR diperuntukkan 20 kerusi, tetapi masih tidak jelas berapakah kerusi yang akan ia serahkan kepada Muda memandangkan rundingan masih berlangsung.

Secara keseluruhannya DUN Johor mempunyai 56 kerusi. Mk

Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri Puteri Wangsa ke Muda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker