Saya kesal tuduhan goda laki orang
Saya kesal tuduhan goda laki orang
Ketua Biro Wanita Pemuda PKR Terengganu, Yuslaini Azmi meminta agar serangan terhadapnya oleh pihak tertentu dihentikan berikutan laporan gangguan seksual yang dibuatnya pada Mac tahun lalu.
Katanya, sebelum ini, dia cuba mengunci mulut daripada mengulas kes itu memandangkan ia melibatkan seorang Adun Amanah, yang juga daripada gabungan pembangkang.
“Sejujurnya saya cuba mengunci mulut dan tidak bercakap soal ini memandangkan kami berada dalam blok pembangkang dan saya tidak mahu ia dijadikan senjata untuk mengapi-apikan situasi kami.
“Namun begitu, saya sangat kesal sepanjang saya mendiamkan diri, saya dituduh dengan pelbagai perkara termasuklah “gila”, “cuba menggoda lelaki orang” dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yuslaini menegaskan Adun Permatang Pasir tersebut, Muhammad Faiz Fadzil telah didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam semenjak 9 Jun tahun lalu dan kes ini juga masih dalam perbicaraan.
“Saya minta rakan-rakan koalisi parti memberi ruang dan berhenti memburukkan imej saya dengan melabel pelbagai perkara buruk dengan bertujuan untuk mengganggu psikologi dan emosi saya.
“Saya harap individu tertentu yang melakukan perkara ini berhenti mengganggu hidup saya dan kawan-kawan saya dengan menyampaikan berita palsu tentang diri saya,” katanya.
Muhammad Faiz Fadzil dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun pada 8 Mac tahun lalu.
Menurut kertas perrtduhan, kejadian itu berlaku antara jam 9.45 malam dan 11.30 malam ketika mereka berdua berada di dalam kereta ketika dalam perjalanan dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya.
Faiz pada Jun tahun lalu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, atau dan sebatan, atau dua daripada tiga hukuman tersebut.
Dalam pada itu Yuslaini turut meluahkan rasa kesal apabila isu kesihatan mental dirinya dijadikan alat untuk menyerangnya “habis-habisan” di dalam talian mahupun di luar media sosial.
“Benarkan kes ini berjalan sehabis baik tanpa serangan terbuka terhadap diri saya. Saya yakin jika kita berada di pihak yang benar serangan seperti ini tidak diperlukan dan menghormati perjalanan mahkamah,” katanya lagi. Mk
Saya kesal tuduhan goda laki orang
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)