YDPA dan Pemaisuri doa kesejahteraan sempena Tahun Baharu 2022


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat tahun baharu dan menyelitkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

“Semoga dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” zahir Seri Paduka berdua menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara.

Berbeza daripada kelaziman, sambutan tahun baharu kali ini disambut dengan solat hajat dan doa selamat berikutan musibah banjir di beberapa negeri sebagai tanda menghormati dan bersimpati kepada mangsa terjejas.

Ini susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membatalkan sambutan Tahun Baharu 2022. – Bernama

YDPA dan Pemaisuri doa kesejahteraan sempena Tahun Baharu 2022

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Program solat hajat dan Munajat Perdana dihadiri Perdana Menteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker