Kucing calarkan kereta sport, pemilik tuntut ganti rugi RM12,737

Kucing calarkan kereta sport, pemilik tuntut ganti rugi RM12,737

BANGKOK – Seorang lelaki dilaporkan memfailkan saman ganti rugi sebanyak 100,000 baht (RM12,737) ke atas jirannya selepas seekor kucing milik keluarga itu memanjat dan mencalarkan dua kereta mewahnya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pemilik kucing itu memuat naik sebuah video di TikTok yang menyatakan bahawa jirannya menuntut wang pampasan kerana membiarkan haiwan peliharaannya keluar ke kawasan awam lalu menyebabkan kerosakan pada harta benda orang lain.

Wanita itu menambah bahawa dia sanggup membayar ganti rugi untuk membaiki kesan calar yang dilakukan oleh kucingnya tetapi pada harga yang berpatutan.

Laporan mengatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada Oktober 2020 apabila seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membiarkan kucing peliharaan keluar dari rumah.

Petang itu, seorang pemilik kereta menghantar sebuah video yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV), menunjukkan kucing peliharaannya duduk di atas dua kereta sport berwarna hitam dan kuning.

Pemilik kucing itu bersama keluarganya ke rumah berkenaan untuk memeriksa kerosakan tetapi hanya menemui kesan kotoran dari tapak kaki kucing itu.

Kisah tersebut dikongsikan secara meluas di Thailand dan laporan terbaharu mendapati pemilik kereta sport tersebut telah meminta maaf dan menarik balik samannya. K Online

Kucing calarkan kereta sport, pemilik tuntut ganti rugi RM12,737


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker