Giliran penduduk New Zealand bantah mandat vaksinasi
WELLINGTON – Demonstrasi bantahan mandat vaksinasi yang melumpuhkan bandar di Kanada kini telah ‘berjangkit ke Wellington,New Zealand sejak pagi kelmarin, lapor akhbar Daily Mail.
Ibu negara New Zealand itu mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul dengan beratus-ratus kenderaan diletak di tengah-tengah jalan dan menghalang laluan di sekitar Parlimen.
Penduduk yang datang dari segenap pelosok seluruh negara itu berkumpul bagi membantah sekatan-sekatan tegas Covid-19 yang dilaksanakan kerajaan Perdana Menteri, Jacinda Ardern.
Susulan tindakan mereka itu, trafik di sekitar Parlimen dan beberapa kawasan tidak bergerak, sebelum penunjuk perasaan berarak ke jalan-jalan lain.
Kumpulan penunjuk perasaan membawa sepanduk menggesa agar kebebasan mereka dikembalikan, menarik balik mandat vaksin dan mengutuk Ardern.
Penunjuk perasaan turut menentang peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat seperti di kedai atas alasan kebebasan.
Beberapa penunjuk perasaan turut membawa bendera Kanada sebagai tanda sokongan atas Konvoi Kebebasan yang bermula dari negara itu.
Menurut seorang penduduk Wellington, Stu Main, penunjuk perasaan meluahkan kebimbangan mereka terhadap hak-hak yang semakin hilang dan tidak didengari kerajaan.
“Saya sebenarnya telah menerima vaksinasi namun menentang mandat yang mewajibkan penduduk divaksin.
“Saya berpendapat ia adalah memalukan untuk memaksa individu yang enggan divaksin untuk menerima vaksinasi,” katanya.
New Zealand telah mencapai 77 peratus populasi lengkap vaksinasi dan kini mewajibkan suntikan vaksin kepada beberapa profesion seperti polis, doktor dan tentera.
Penduduk yang enggan divaksin turut dilarang daripada memasuki beberapa lokasi awam menerusi satu sistem yang bertindak seperti pasport.
Ia diperlukan untuk memasuki restoran, dewan sukan dan perhimpunan berkaitan keagamaan.
Meskipun gelombang Omicron sedang melanda negara itu, Ardern menjamin tiada sebarang perintah berkurung akan dilaksanakan namun peraturan berkaitan Covid-19 akan terus diperketatkan. – AGENSI
Giliran penduduk New Zealand bantah mandat vaksinasi
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA
You must be logged in to post a comment.