9 kematian baharu Covid-19
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sembilan kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah itu, sebanyak empat kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,065.
Perak dan Sabah mencatatkan angka kematian masing-masing sebanyak dua kes, diikuti Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor masing-masing dengan satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 94,515 kes aktif dilaporkan, termasuk 147 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,681 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,956,332.
9 kematian baharu Covid-19
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA