PRN Johor: Muda tanding enam kerusi

PETALING JAYA: Parti Amanah dan DAP mencapai persetujuan  menjadi rakan strategik bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Hasil kesepakatan ketiga-tiga parti tersebut, Muda bertanding di enam kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Dalam kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, rundingan rasmi tersebut bersetuju dengan tiga matlamat utama.

“Memastikan tidak ada pertindihan kerusi antara calon Amanah, DAP dan Muda di setiap kawasan, menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera Amanah, DAP dan Muda untuk memenangi setiap calon dan bersama-sama menubuhkan Kerajaan Negeri Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka.

“Ini bermakna bagi menghadapi PRN Johor, parti Amanah, DAP dan Muda bakal bergerak sebagai rakan strategik pilihan raya, walaupun Muda tidak menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Ini serasi dengan prinsip khemah besar untuk menyatupadukan semua parti politik dan menggembleng tenaga yang bersedia melawan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN),” menurut kenyataan itu.

Justeru, pimpinan Amanah, DAP dan Muda percaya bahawa pakatan pilihan yang dijalin menerusi rundingan ini membawa suara rakyat Johor dengan cemerlang selaras dengan agenda Johor Bangkit.

“PRN Johor adalah untuk masa depan rakyat dan bukanlah perebutan kuasa dan jawatan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, rundingan antara Muda dan PKR sedang diteruskan demi kesepaduan menghadapi PRN ini.

“Rakyat Johor berhak mendapat kepimpinan yang mahukan Johor Bangkit menjadi sebuah negeri yang maju, beramanah, bermaruah dan berintegriti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

PRN Johor: Muda tanding enam kerusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker