Pemandu maut, dua cedera kereta diseret lori kurier

Pemandu maut, dua cedera kereta diseret lori kurier

MELAKA – Seorang lelaki maut, manakala dua ahli keluarganya cedera selepas kereta dinaikinya empat sekeluarga itu merempuh penghadang jalan sebelum diseret sebuah lori kurier di Kilometer 215.1 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Nor Azli Abdul Fattah, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian keluarga tersebut yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan ke Batu Pahat, Johor.

Nor Azli maut di tempat kejadian.
Katanya, setiba di lokasi kenderaan dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri sehingga berpusing.

“Sebuah lori kurier yang kebetulan berada di lorong kiri tidak sempat mengelak kereta tersebut telah mengheret kenderaan itu ke lorong sebelah kanan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta maut di tempat kejadian manakala seorang penumpang lelaki yang juga abangnya berusia 33 tahun bersama isteri 25 tahun masing-masing cedera dikejarkan ke Hospital Alor Gajah,”katanya.

Tambahnya, turut berada dalam kenderaan itu adalah anak kepada pasangan berkenaan berusia dua tahun. K Online

Pemandu maut, dua cedera kereta diseret lori kurier


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker