Kes 1MDB: SPRM minta AS kongsi nama individu terima rasuah daripada bekas pegawai Goldman Sachs

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi mendapatkan senarai nama yang didakwa menerima rasuah daripada bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata pihaknya juga sudah membuka kertas siasatan susulan aduan yang dibuat bekas Perdana Menteri Najib Razak tahun lalu terhadap pegawai bank berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengakui, usaha untuk mendapatkan nama berkenaan agak sukar kerana melibatkan individu dari luar negara dan terpulang kepada pihak AS untuk berkongsi maklumat yang diperlukan.



“Kita sedang berhubung dengan pihak AS jika mereka boleh kongsikan bukti baharu. Itu hak prerogatif mereka. Jika mereka nak kongsi, mereka akan sedia kongsikan bukti (nama),” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Azam berkata, SPRM tidak boleh bertindak sendirian dan perlu melalui Pejabat Peguam Negara serta undang-undang negara berkenaan untuk mendapatkan bukti yang diperlukan.

“Permohonan ini bukan kami boleh terus buat, kerana kita perlu melalui Pejabat Peguam Negara kerana sebarang keterangan luar negara yang kita nak peroleh mesti melalui ‘mutual legal assistance’ dan undang-undang negara berkenaan,” katanya.

Katanya, setakat ini pihak berkuasa AS sudah memberikan maklum balas namun masih belum mendedahkan nama yang terlibat.



“Setakat ini ada reaksi positif daripada AS tetapi mereka belum lagi dedahkan bukti diperlukan. Kami sedang cuba dan amat berharap (dapat senarai nama),” katanya.

Pada 27 Okt tahu lalu, Najib membuat laporan terhadap bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc itu di SPRM Putrajaya bagi membolehkan pihak berkuasa Malaysia menyoal, membawa balik atau meminta senarai nama daripada Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dalam usaha membersihkan namanya dalam kes 1MDB.

Najib dilaporkan berkata, tindakannya itu diambil kerana sudah habis usaha yang dilakukannya untuk mendapatkan senarai nama individu daripada syarikat 1MDB dan kerajaan Malaysia yang didakwa pernah disogok oleh Leissner seperti pengakuan salah lelaki itu di mahkamah AS pada 2018.

Pengakuan salah itu menyaksikan Goldman Sachs bersetuju membayar ganti rugi sebanyak USD3.9 bilion(RM16.4 bilion) kepada kerajaan Malaysia.



“Pada awal tahun ini (lepas), peguam saya berjaya memenangi kes di AS untuk mendapatkan senarai nama dalam pengakuan Tim Leissner yang disogok beliau.

“Namun kerajaan AS melalui DOJ membantah keputusan mahkamah AS dan menghalang nama itu didedahkan kepada umum,” katanya selepas membuat laporan berkenaan.

Kes 1MDB: SPRM minta AS kongsi nama individu terima rasuah daripada bekas pegawai Goldman Sachs


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker