PRN Johor, Ujian kerjasama parti dalam PN

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan medan memperkukuhkan kerjasama politik dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, usaha ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam muafakat politik antara Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan berbanding PRN di Melaka dan Sarawak.

“Keputusan PN bertanding menggunakan satu logo, satu pengarahan dan satu bilik gerakan akan memantapkan lagi usaha bagi mencapai kemenangan dalam PRN Johor kali ini.



“Pas sebagai sebahagian dari komponen PN akan melancarkan jentera PRN bersama pada minggu hadapan sementara melengkapkan beberapa strategi bagi mencapai kemenangan kali ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Bersatu dan Pas sebelum ini dilapor akan bertanding dalam PRN Johor menggunakan logo PN.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dipersetujui hasil muzakarah antara kedua-dua parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, PN akan meneruskan dan memperkasakan muafakat sebagai satu pasukan dalam menghadapi PRN Johor dan seterusnya Pilihan Raya Umum (PRU).



“Insya-ALLAH, melalui gerak kerja bersama, kita harap pengundi Johor akan melakukan perubahan besar melalui peti undi bagi memenangkan calon PN dalam pilihan raya ini,” ujarnya.

PRN Johor, Ujian kerjasama parti dalam PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker