Kematian Adib: Mahkamah Koroner berhak ‘komital’ terhadap Tommy Thomas

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Mahkamah Koroner mempunyai bidang kuasa memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan menghina mahkamah ekoran afidavit yang difailkannya berhubung punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel yang dipengerusikan Hakim Datuk Suraya Othman bersama-sama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Hashim Hamzah selepas menolak rayuan Tommy yang diwakili peguam Datuk S. Ambiga.

Ini bermakna, Mahkamah Koroner mempunyai bidang kuasa mendengar dan memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap mana-mana pihak tidak terhad kepada insiden di hadapan beliau, malah di luar kamar mahkamah.

Ketika membacakan penghakimannya, hakim Suraya berkata, hakim yang bertindak sebagai koroner mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding komital sebagaimana tertakluk dalam Perenggan 26, Jadual Ketiga, Akta Mahkamah Rendah 1948.



Dalam masa sama, panel itu tidak bersetuju dengan penghujahan pasukan pembelaan yang mewakili Tommy bahawa prosiding menghina mahkamah hanya boleh dimulakan jika berlaku dalam kamar bicara selepas peguam bela mengambil kira kes undang-undang dari luar negara.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan pendengaran dua rayuan bapa Muhammad Adib, Mohd. Kassim Abdul Hamid terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner membenarkannya memulakan prosiding komital terhadap Tommy.

Peguam Datuk S. Ambiga yang mewakili Tommy memohon rayuan itu ditangguhkan bagi membolehkan pihaknya memfailkan permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mohd. Kassim tidak mengemukakan bantahan terhadap  penangguhan.



Sementara itu, panel tersebut bagaimanapun membenarkan permohonan Tommy untuk menangguhkan pendengaran dua rayuan yang difailkan bapa Muhammad Adib, Mohd. Kassim Abdul Hamid terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengenepikan keputusan koroner memberikan kebenaran kepadanya untuk memulakan prosiding komital


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker