Kalau Zahid ahli sihir, elok sumpah Pas jadi katak – Puad

Kalau Zahid ahli sihir, elok sumpah Pas jadi katak – Puad

”Kalau betul Zahid ahli sihir, elok sumpah sahaja beberapa pemimpin Pas jadi katak supaya senang mereka lompat masuk Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Kalau lompat masuk DAP lagi bagus. Aman Malaysia,” ulas Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan berang Ketua Pemuda Pas yang menyelar sindiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke atas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mencadangkan supaya Presiden Pas menukar kerjaya daripada ahli politik kepada ahli zoologi.

Sindiran antara dua pemimpin politik itu tercetus selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan ‘itik patah kaki’ kepada UMNO.

Ahmad Zahidi kemudian membalasnya dengan mencadangkan supaya Abdul Hadi menjadi ahli zoologi.

Bagaimanapun, Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO percaya, Ahmad Zahid tidak akan melakukan sihir kerana beliau bukan ahli sihir.

Lagipun, katanya, UMNO tidak sejahat itu apabila berkawan. MG

Kalau Zahid ahli sihir, elok sumpah Pas jadi katak – Puad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker