Jemaah umrah diwajib suntik dos penggalak

Jemaah umrah diwajib suntik dos penggalak

Jemaah Malaysia yang berhasrat untuk ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah perlu mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 sebelum melakukan perjalanan, kata Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein hari ini.

Hishamuddin berkata, ia merupakan salah satu daripada tiga prosedur operasi standard (SOP) baru bagi aktiviti umrah yang akan dikuatkuasakan mulai 14 Februari ini.



“Oleh itu, untuk Jemaah Umrah yang akan ke Arab Saudi hari ini hingga 13 Februari, mereka terikat dengan SOP sedia ada.

“Walaubagaimanapun, apabila mereka pulang semula ke tanah air, mereka wajib mematuhi SOP baharu yang telah dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy mengumumkan keputusan kabinet membenarkan umat Islam untuk ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah mulai hari ini (8 Feb).

Perjalanan umat Islam untuk ke Mekah sebelum ini digantung selama sebulan berikutan penularan varian Omicron Covid-19 di Malaysia.



Selain itu Hishammuddin berkata pegawai yang bertanggungjawab (PIC) dari ejen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah umrah Umrah semasa di tanah suci, termasuk semasa perjalanan balik ke Malaysia dan di pintu masuk antarabangsa Malaysia.

Selepas pulang, katanya, jemaah haji boleh menjalani kuarantin di rumah tanpa memohon kelulusan untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, mereka dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri. Mk

Jemaah umrah diwajib suntik dos penggalak




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]



Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker