Lapan ditahan hadir majlis Kongsi gelap
MELAKA – Lapan lelaki ditahan polis selepas dipercayai menghadiri majlis perasmian pejabat sebuah pertubuhan haram di Bukit Baru di sini, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun ditahan selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada Selasa lalu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua individu itu dipercayai menganggotai dan menjalankan aktiviti pertubuhan triad.
“Ini merupakan pertubuhan menyalahi undang-undang.
“Adalah menjadi kesalahan mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pertubuhan 1966 kepada mana-mana individu yang didapati menjalankan upacara triad sesebuah kumpulan kongsi gelap ,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Jelas beliau, seramai 22 individu termasuk dua wanita yang hadir ketika perhimpunan itu turut dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah selepas polis mengenalpasti satu rakaman video yang tular di media sosial mengenai perhimpunan tersebut.
Ujar beliau, siasatan yang dijalankan mendapati seramai 30 individu termasuk lapan yang ditahan didapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kata beliau, kesemua mereka kemudian dikenakan kompaun berjumlah RM1,000 setiap seorang atas kesalahan tiada penjarakan fizikal satu meter di bawah Peraturan 16 P.U (A) 293 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021.
“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dalam sebarang bentuk kumpulan kongsi gelap kerana ia akan mendatangkan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.
Lapan ditahan hadir majlis Kongsi gelap
Baca Artikel Menarik:
- Wanita jumpa mainan aneh dalam jajan kanak-kanak
- Abu Syafiq Tawar Kerja Di Mekah, Ramai Yang Berminat
- PAS dan UMNO. “Tenanglah saudaraku. Tamatkanlah persengketaan ini – Nasrudin Tantawi
- Perluas sistem solar PV bantu penjimatan bil elektrik rakyat
- Pejuang bidas PKR
- Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama
- Bersatu mahu ‘tamatkan’ Umno, henti pujuk kami kerjasama – Najib
- Vida mohon maaf gelar Anuar Zain gay
- Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000
- Ajak berkawan tapi macam musuh menyerang – Shahril
- Harimau masuk kampung sebab sakit, bukan pembalakan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.