JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman

JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan dakwaan isu ajaran mimpi peristiwa akhir zaman seorang lelaki, bukan berlaku di Selangor.

Sehubungan itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya tiada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki yang disyaki tidak melakukan perbuatan itu di dalam negeri Selangor. Jadinya kita tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan kerana perkara terbabit berada di luar bidang kuasa JAIS,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan bertarikh 26 Januari mengenai ajaran mimpi seorang lelaki bernama Muhammad Qasim Abdul Karim yang mendakwa mengetahui peristiwa akhir zaman melalui mimpi.

Bagaimanapun Mohd Shahzihan berkata, JAIS akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu dalam kalangan orang Islam di dalam Selangor yang mempercayai, berpegang teguh, menyebar, mempengaruhi, mengikuti atau memperakui pandangan pernyataan mimpi-mimpi Muhammad Qasim.

“Tindakan tegas ini akan diambil selaras dengan peruntukan yang ditetapkan oleh undang-undang mengenai perkara berkenaan.

“JAIS juga meminta masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan keyakinan terhadap perkara berkaitan agama yang bersifat terpencil dari pengetahuan awam kerana kebenaran dalam agama Islam khususnya dalam soal akidah adalah bersifat majoriti.

“Tambahan pula, sejarah merakamkan banyak pemesongan dan penyelewengan akidah menggunakan propaganda mimpi-mimpi yang dikaitkan dengan kejadian tertentu dan individu tertentu sebagai hujah atau sumber keyakinan baharu dalam beragama,” katanya. BH

JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker