Asteroid meluncur ke arah Bumi waktu malam sukar dikesan
LONDON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengeluarkan amaran bahawa asteroid-asteroid boleh meluncur menghampiri Bumi tanpa dapat dikesan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Ia berikutan saintis-saintis mendapati cara Bumi berputar dan mengorbit Matahari bermakna objek angkasa lepas seperti asteroid yang meluncur ke planet kita pada waktu malam boleh menyelinap tanpa dapat dikesan oleh rangkaian teleskop berkomputer.
Pada 2019, sebutir asteroid bersaiz 100 meter nyaris merempuh Bumi pada jarak 69,201 kilometer sekali gus menggemparkan komuniti ahli astronomi dunia.
Asteroid dikenali sebagai 2019 OK itu adalah insiden paling nyaris yang direkodkan sejak tahun 1908. Berikutan objek asing itu dapat dikesan hanya 24 jam lebih awal, Kongres Amerika Syarikat mengarahkan NASA supaya mengenal pasti 90 peratus asteroid-asteroid bersaiz lebih daripada 140 meter yang boleh menghancurkan sebuah bandar raya sekiranya ia jatuh ke Bumi.
Sebagai sebahagian daripada arahan tersebut, NASA melancarkan sebuah kapal angkasa berat pada tahun lalun untuk menghentam sebuah gugusan komet dan mengalihkan trajektorinya jauh dari Bumi, lapor akhbar The Telegragph.
Profesor Richard Wainscoat yang mengetuai pasukan penyelidikan mengenai ancaman asteroid di Universiti Hawaii berkata, orang ramai tidak perlu panik tentang bahaya tersebut.
“Kami tidak akan berpeluk tubuh jika mengetahui bahawa sesuatu objek akan melanggar Bumi. Ia bukan seperti itu,” katanya.
Bagaimanapun, apabila asteroid-asteroid menghama ke Bumi dari aran langit timur pada pukul 2 pagi, cara Bumi berputar dan mengorbit menyebabkan batu angkasa lepas itu kelihatan tidak bergerak.
Kajian mengenainya yang diterbitkan dalam jurnal Icarus menyatakan bahawa 50 peratus objek asing yang menghampiri Bumi dari arah timur akan mengalami fasa pegun, menyebabkan ia sukar untuk dikesan.
Menurut Wainscoat, sekitar 40 peratus asteroid besar yang menuju ke arah Bumi telah dikatalogkan.
“Apabila kita dapat mengkatalogkan 90 peratus jumlah tersebut, bilangan asteroid yang dapat menyelinap tanpa disedari akan menjadi amat kecil,” katanya. – Agensi
Asteroid meluncur ke arah Bumi waktu malam sukar dikesan
Baca Artikel Menarik:
- Normala Samsudin tidak peduli ibu di kampung?
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, PU Syed buat teguran
- Lembu terputus kepala dibaham harimau
- Bekas juara renang para jual beg tisu di Bukit Bintang
- Nak beraya, ambil dos penggalak
- Scha Alyahya nak pulun habis
- Dahulu takut, kini Erra jatuh cinta
- Penghijrahan ke Malaysia sesuatu yang cukup bermakna – Zakir Naik
- Senarai peserta pentas akhir Gegar Vaganza 8
- Ada nak lamar Rohana
- Penggal kepala ibu, suspek pernah dipenjara ugut ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.