Boost tawar lebih 100 juta Boost Star

Boost tawar lebih 100 juta Boost Star

Boost meningkatkan usahanya untuk meringankan beban masyarakat tempatan dengan menyalurkan lebih 100 juta Boost Star yang boleh dikumpulkan sehingga 68 kali lebih pantas pada bulan ini.

Rakyat Malaysia antara lain boleh menggunakan Boost Star untuk mendapat diskaun sehingga RM10 bagi setiap bil isi rumah, kredit bulanan sehingga RM210 untuk keperluan harian dan banyak lagi di aplikasi Boost (https://myboost.app.link/AvQSoOeeGqb).



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon, berkata dengan lebih dari 50 pembekal perkhidmatan bil yang sedia ada di BoostBills, rakyat Malaysia boleh menggunakan ciri ‘Pay With Stars’ untuk mendapatkan diskaun secara langsung apabila membuat bayaran bil bulanan menerusi aplikasi gaya hidup digital Boost.

Katanya, jumlah nilai diskaun akan mengikut pangkat BoostUP, bilangan Boost Star dan perbelanjaan minimum pengguna.

“Kebelakangan ini, kami telah mendengar rintihan masyarakat mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga barangan keperluan. Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia, kami membolehkan pengguna untuk mengumpul Boost Star dengan lebih pantas sepanjang bulan ini untuk menyenangkan penjimatan bagi bil isi rumah, barangan runcit, petrol, dan keperluan harian lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk setiap bil, pengguna yang berpangkat Red Recruit boleh berjimat RM2, Silver Sergeant boleh berjimat RM5, dan Gold General boleh berjimat RM10 melalui ciri ‘Pay With Stars’ di applikasi Boost.



Syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan Indah Water Konsortium, syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Astro, serta platform pembayaran pinjaman dan majlis perbandaran tempatan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, adalah antara pelbagai pengebil yang boleh didapati di aplikasi Boost.

Dengan BoostBills, pengguna boleh menjadualkan pembayaran bil secara automatik menerusi AutoBills, membayar berbilang bil sekali gus menerusi MultiBills, dan melihat semua baki dan tarikh akhir dalam satu paparan utama menerusi ViewBills.

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh menggunakan Boost Star untuk menebus kredit Partner Wallet bagi penjimatan tambahan sehingga RM210 setiap bulan bagi barangan runcit, petrol, dan pembelian dalam talian.

Pengguna boleh mengunjungi BoostUP Rewards Catalogue, kemudian menebus kredit Partner Wallet di bawah kategori ‘Cash’ (Tunai) dengan Boost Star yang diperlukan.



Setelah ditebus, kredit akan dipaparkan di halaman ‘My Partner Wallets’, dan akan digunakan secara automatik apabila membeli keperluan harian daripada peniaga dan rakan jenama yang turut serta. Kredit Partner Wallet adalah sah selama 30 hari dari penebusan dan tidak mempunyai syarat perbelanjaan minimum.

Jumlah kredit bulanan yang boleh ditebus berbeza mengikut pangkat BoostUP pengguna. BH

Boost tawar lebih 100 juta Boost Star


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker