Tunggang Kawasaki Ninja tetapi tergolek depan bengkel
JAKARTA – Aksi seorang penunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja yang terjatuh di hadapan sebuah bengkel menjadi tular dengan ramai netizen menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang memalukan, lapor laman berit Suara.com hari ini.
Berdasarkan satu rakaman yang dimuat naik di laman Instagram, sebuah motosikal model Kawasaki Ninja 250R berwarna merah tiba-tiba terbabas dari arah jalan raya dan jatuh betul-betul di hadapan sebuah bengkel.
Turut kelihatan dalam video itu adalah beberapa orang mekanik yang sedang membaiki motosikal.
Penunggang motosikal itu yang berasa malu, bangkit dengan serta-merta sambil menunjuk ke arah jalan raya, seolah-olah sedang menyalahkan pengguna lain.
Dia kemudian hanya membiarkan motosikal yang telah jatuh di atas tanah itu sehingga salah seorang daripada mekanik menghampirinya untuk melihat keadaan kenderaan itu.
Video itu menjadi tular dengan pelbagai komen ditinggalkan oleh pengguna.
“Mungkin dia sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan-rakannya, namun tersilap teknik sehingga terpaksa berpura-pura menyalahkan orang lain,” kata seorang netizen.
“Sudah ditakdirkan motosikal itu terjatuh betul-betul di hadapan bengkel,” ujar seorang lagi. – AGENSI
Tunggang Kawasaki Ninja tetapi tergolek depan bengkel
Baca Artikel Menarik:
- 3 polis ‘kaki paw’ ditahan
- Keluarga Shebby ucap terima kasih atas penghormatan dan kasih sayang
- ASB Tidak Diwajibkan Zakat?
- Hakim berbogel: 5 saksi dipanggil bantu siasatan
- Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir
- Separuh penduduk Eropah akan dijangkiti Omicron Mac ini?
- Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, sedia dikecam netizen
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Fosil Naga Laut Terbesar Ditemui, Dipercayai Hidup Pada 250 Juta Tahun Dahulu
- “Unboxing Isteri: Satu trend pengikut setan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis