Jemaah umrah kecewa terkandas seminggu di bilik hotel

Jemaah umrah kecewa terkandas seminggu di bilik hotel

“Saya dan isteri sudah seminggu terkandas dalam bilik Hotel AnCasa. Tetapi tiada arahan, tiada pegawai kesihatan yang datang berhubung dengan kami.”

Itu rungutan seorang jemaah umrah, Abdullah Tahir Salleh, 68, yang baru pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut dan sehingga kini tidak tahu bagaimana nasibnya dan isteri selepas terkandas selama tujuh hari di bilik hotel.

Menurutnya, mereka menjalani kuarantin di hotel selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada 6 Januari lalu.

“Saya dan isteri memilih untuk kuarantin di hotel AnCasa, saya di bilik 815 dan isteri saya di bilik 817.

“Masalahnya sekarang saya berstatus positif Covid-19 dan isteri saya negatif. Sudah tiga hari saya berstatus positif tetapi tiada langsung arahan daripada Kementerian Kesihatan.

“Malah tiada pegawai kesihatan yang datang melawat kami di sini. Hanya penghantar makanan yang datang ke bilik,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, aplikasi MySejahteranya tidak berfungsi selepas kembali dari tanah suci dan ekoran itu dia gagal mengemas kini status kesihatannya.

“Saya sudah berhubung dengan beberapa pusat perubatan berdekatan dan mereka kata tidak dapat menerima saya kerana tiada arahan daripada Kementerian Kesihatan.

“Saya juga menelefon Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Serdang (Maeps) tetapi mereka maklumkan sudah penuh. Jadi sekarang saya dan isteri tersadai di sini, tidak boleh keluar atau ke pusat kuarantin lain,” katanya.

Menurut beliau, kumpulan warga jemaah umrah yang menjalani kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang balik pada tarikh yang sama dengannya sudah dibenarkan pulang ke rumah sejak lima hari lalu.

“Kini saya risau tentang kesihatan kami. Saya takut kerana positif dan takut penyakit ini akan merebak kepada orang lain.

“Dengan pembayaran penginapan sebanyak RM250 sehari di sini, sudah berapa yang kami perlu bayar kepada hotel dan kami tidak tahu bagaimana cara boleh keluar daripada situasi ini,” ujarnya. Utusan

Jemaah umrah kecewa terkandas seminggu di bilik hotel


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker