Sindiket sijil digital vaksinasi: Pembantu pejabat direman 7 hari

Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 di dalam aplikasi MySejahtera.

KOTA KINABALU – Seorang pembantu pejabat direman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober tahun lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Jessica Ombou Kakayun di sini pada Rabu, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari Selasa di pejabat SPRM di sini ketika hadir untuk memberi keterangan.

Suspek juga dipercayai memberi rasuah kepada sukarelawan di satu pusat pemberian vaksin sebagai balasan mendaftarkan nama individu yang tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi mendapatkan sijil digital berkenaan. – Bernama

Sindiket sijil digital vaksinasi: Pembantu pejabat direman 7 hari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker