Sarawak siap sedia hadapi banjir besar

Sarawak siap sedia hadapi banjir besar

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak dengan sokongan Kerajaan Persekutuan membuat persediaan rapi bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut yang berkemungkinan menyebabkan banjir di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jawatankuasa berkenaan telah mengadakan beberapa perjumpaan untuk mengatur persiapan yang mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.



“Kita juga telah diberi penerangan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Sebanyak sembilan buah jabatan dan agensi kerajaan dengan keanggotaan keseluruhan 5,311 orang telah bersedia untuk apa juga tugasan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, jabatan dan agensi terbabit terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agensi lain.

“Dari segi aset, operasi banjir kita akan melibatkan 138 pacuan empat roda, 64 van dan ambulan, 115 lori, tiga helikopter, 286 bot, 170 perahu bersama enjin sangkut dan sebagainya.

“Kita juga menyediakan 2, 097 jaket keselamatan, 7,475 cubicle tent, 54 set janakuasa dan 63 lampu pencarian,” katanya.



Beliau berkata, sebanyak 621 pusat perpindahan sementara (PPS) yang dapat memuatkan seramai 185, 067 orang yang akan dipindahkan sekiranya perlu.

Sebanyak 155 PPS di Bahagian Kuching, Samarahan (55), Serian (47), Sri Aman (59), Betong (34), Sarikei (31), Sibu (48), Mukah (36), Kapit (28), Bintulu (27), Miri (76) dan Limbang (25).

Katanya, di samping itu terdapat 239 sekolah, yang mempunyai kapasiti mampu memuatkan seramai 83,270 orang dan 380 dewan orang ramai/ balai raya/ pusat komuniti dan lain-lain yang dapat menampung sehingga 96,797 orang.

Turut disediakan sebuah depot simpanan besar di Samarahan dan tiga mini depoh masing-masing di Kuching, Samarahan dan Miri.



Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan setakat jam 1 tengah hari ini tiada laporan kejadian banjir diterima, namun pihaknya meneruskan pemantauan. Utusan

Sarawak siap sedia hadapi banjir besar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker