Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
Selepas mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi “sasaran” Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing.
Kali ini beliau bertanya kepada Khairy jumlah dos vaksin yang dibeli oleh kementerian itu sejak beliau mengambil alih jawatan daripada pendahulunya, Dr Adham Baba, pada Ogos.
“Berapakah kos keseluruhannya? Berapakah harga pembelian setiap vaksin?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.
Tiong berkata, beliau tidak menggesa Khairy untuk meniru strategi sifar Covid-19 negara China dengan melaksanakan sekatan penuh kerana sebelum ini, menurut beliau, langkah sedemikian tidak praktikal di Malaysia.
Penyokong kerajaan itu berkata, beliau hanya menggesa Menteri Kesihatan supaya berkomunikasi lebih kerap dengan China mengenai penggunaan strategi yang sesuai dan berkesan untuk mengurangkan kadar kematian Covid-19 di negara ini.
“Khairy boleh berhenti bersikap angkuh dan bongkak, apatah lagi mengetepikan hakikat bahawa Noor Hisham tidak begitu berjaya dalam memerangi pandemik ini.
“Sejak wabak ini menular, seramai 31,696 orang menjadi korban. Berbanding dengan 32 juta penduduk Malaysia, bukankah jumlah ini patut membimbangkan kita?” soal Duta Khas Perdana Menteri ke China itu.
Baru-baru ini, Tiong mempersoalkan sama ada Hisham merupakan “orang terbaik untuk mengetuai perang terhadap Omicron”, dengan memetik dakwaan keengganannya untuk menerima nasihat dari China.
Khairy tampil mempertahankan Hisham dengan berkata, strategi China berbentuk ‘pembendungan’ atau ‘sifar Covid-19’ yang bermaksud ‘sekatan penuh’, manakala Malaysia menggunakan strategi mitigasi dan tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk melaksanakan perintah sekatan.
Namun Tiong hari ini menegaskan bahawa Putrajaya telah melaksanakan beberapa sekatan dalam tempoh dua tahun lalu dan tidak seperti China, Malaysia menyaksikan kesnya meningkat lebih banyak dalam tempoh itu.
“Apabila Selangor merekodkan jumlah kes Covid-19 tertinggi disebabkan kluster besar di beberapa kilang sarung tangan, adakah Noor Hisham mempunyai strategi tindak balas pantas terhadapnya?
“Selain tidak berdaya menghalang jangkitan itu merebak satu demi satu, kilang-kilang diminta tutup secara berperingkat, sementara nyawa rakyat terancam.
“Di negara lain, kecuaian sedemikian akan menyebabkan menteri dan pengarah terpaksa meletakkan jawatan serta-merta,” katanya. FMT
Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki dilempang berkali-kali lebih tiga minit kerana ramas bontot gadis
- Intan Najuwa teruja mandi lumpur dalam bendang
- PPIM gunakan pengaruh Bossku untuk sampaikan memorandum kepada PM
- Nadir dedahkan pembunuh Imam Fadi
- Penyingkiran Saiful Apek, Yasin akibat ‘mainan’ GV – Vida
- Terpaksa putus cinta kerana Talasemia (Video)
- Rakyat mahu lihat anak Khairy divaksin dahulu – Catriona Ross
- Jelaskan alasan sebenar SK Assumption ditutup atau berdepan serangan PH – Najib
- Tudung Natasha Hudson terbang atau dah tanggal?
- Sedut wang akaun mangsa
- Cara Tebus Kredit RM400 Di Shopee Dan Lazada Bagi Program SAVE 3.0
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)
Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi