Jual sijil vaksinasi palsu!

BERCAKAP pasal integriti, kita harapkan pengamal perubatan juara dalam hal ini. Tapi bak kata orang, akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Akibat perbuatan seorang doktor perubatan, profesion perubatan seluruhnya dapat nama buruk.

Seorang doktor di Marang, Terengganu didapati menjual sijil vaksinasi palsu. Jumlahnya bukan seratus atau dua ratus tetapi menurut Polis Terengganu, dia dah jual 1,900 sijil tersebut. Ada pula ajen yang dapat RM50 jika carikan pelanggan.

Pelanggannya bukan dari Terengganu sahaja tetapi dari Johor, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Awang kesal hal itu berlaku.

Ia soal keselamatan dan kesihatan. Bukan keselamatan seorang berdua tetapi ratusan ribu yang lain.

Akibat seorang yang enggan divaksin dan mendapat sijil palsu dia akan beradar bebas dalam masyarakat. Ada yang mungkin lepas ke Makkah.

Kita diberitahu doktor berkenaan anti vaksin.

Tapi beliau sendiri sudah disuntik untuk menjalankan kerjanya sebagai doktor. Namun beliau tergamak menjual sijil vaksinasi palsu bagi tujuan keuntungan.

Tidakkah beliau terfikir kesan dari perbuatannya yang tidak bertanggungjawab pada pelanggannya?

Akhbar ini juga ada buat pendedahan jualan sijil vaksinasi cara talian. Khabarnya pihak berkenaan boleh menyediakan atau membuat sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera dengan bayaran RM2,500. Sijil itu “selamat” dan boleh melalui pemeriksaan pihak berwajib.

Baik “doktor pengkhianat” atau sindiket yang menjual sijil secara talian ini, mereka harus dikenakan tindakan.

Negara kita sedang berdepan dengan krisis integriti yang serius. Bukan sahaja agensi penting yang terjejas tetapi profesion perubatan pun ada kambing hitamnya.

Jual sijil vaksinasi palsu!


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker