M Sani meninggal dunia

M Sani meninggal dunia

Penyanyi lagu Rindu Hatiku Tidak Terkira, M Sani, 70, menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat penyakit kencing manis di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 10 malam tadi.

Berita pemergian Allahyarham M Sani atau nama sebenarnya, Md Sani Abu Yamin disahkan oleh anak keempatnya, kata Nor Saira Farrawahida.

Nor Saira berkata, arwah bapanya tidak mempunyai penyakit kritikal, namun, sudah tertulis ajalnya.

“Arwah bapa meninggal dunia di HKL kira-kira jam 10 malam. Puncanya, kami kurang pasti, tetapi, jika diikutkan arwah menghidapi penyakit kencing manis.

“Namun, bukanlah penyakit kronik, namun, Allah lebih menyayanginya. Arwah dimasukkan ke HKL sebab sakit kaki akibat penyakit kencing pada Jumaat lalu.

“Ketika tiba ke HKL, arwah sudah pun meninggal dunia. Bagaimanapun, kami reda atas pemergiannya,” katanya kepada BH Online.


Walaupun mengamalkan kehidupan ‘low profile’, Allahyarham M Sani mempunyai banyak koleksi lagu popular termasuklah Gadis Semalam yang diterbitkan pada 1975.

Katanya, jenazah arwah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa selepas Zohor.

“Insya-Allah, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa selepas Zohor. Sekarang, jenazah masih berada di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai,” katanya.

Allahyarham M Sani meninggalkan lapan cahaya mata menerusi dua perkahwinannya.

Menyorot semula kerjayanya, arwah M Sani bergelar penyanyi selepas dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1971 pada usia 24 tahun.

Allahyarham M Sani yang dilamar menjadi artis naungan syarikat rakaman, EMI Malaysia selepas menjuarai pertandingan itu pernah muncul dengan album Kerna Senyum Ku Terpikat, diikuti tiga EP iaitu Rindu Hatiku Tidak Terkira, Hidup Hanya Sementara dan Hujan Malam.

Beliau juga pernah muncul dengan album duet Sedangkan Lidah Lagi Tergigit bersama Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Mengamalkan kehidupan ‘low profile’ sejak bergelar penyanyi, namun, lagu-lagu nyanyiannya tetap diminati ramai.

Penyanyi yang berwajah mirip aktor popular Bollywood, Amitabh Bachchan itu pernah membintangi dua filem, Si Badul arahan Allahyarham Datuk Aziz Sattar pada 1978 dan Toyol arahan Allahyarham Malek Selamat pada 1980. BH

M Sani meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker