Rombakan kabinet: Ini jawapan terkini Perdana Menteri
SHAH ALAM – Biarpun pelbagai spekulasi dan khabar angin mengenai rombakan Kabinet termasuk pengguguran beberapa nama besar dari UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tersebar, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, tetap tenang menjawab soalan pemberita.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, menegaskan semua ‘rumours’ itu kekal sebagai khabar angin selagi Pejabat Perdana Menteri tidak mengeluarkan kenyataan rasmi.
Beliau juga mengesahkan tiada perbincangan berhubung rombakan menteri atau timbalan menteri dalam mesyuarat Kabinet esok, sebaliknya ia hanya akan memberikan fokus kepada dua perkara utama iaitu masalah banjir dan pandemik Covid-19.
Tegasnya, senarai nama yang bertebaran di mana-mana platform media adalah perkara biasa, yang mana boleh dianggap sebagai kebiasaan seperti sebelum ini.
“Saya sekarang fokus pada banjir, kita fokus banjir. Benda-benda lain itu biarlah, belum lagi. Belum ada apa-apa lagi, tapi banyak spekulasi. Selagi saya tak buat kenyataan, kita anggap spekulasi.
“Nama-nama itu, macam-macam nama keluar, macam biasalah dulu pun macam itu juga. Saya sudah beritahu tadi fokus saya sekarang ini adalah untuk banjir, jadi saya tak nak cakap pun, soal ada ke tidak ada. Setakat ini selagi saya tak umumkan tiadalah, belum sampai masanya.
“Esok mesyuarat Kabinet. Topik utama yang kita akan bincang dua, yang pertama dari segi banjir. Yang kedua dari segi masalah Covid-19. Agak membimbangkan, walaupun kes kita masih lagi di bawah 3,000, tetapi Covid-19 ini nampak gayanya akan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS SK Gangsa, Durian Tunggal, Melaka, hari ini.
Tiga nama yang dikaitkan dengan pelantikan TPM ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Penerangan merangkap Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebelum ini, tular berita mengenai spekulasi tiga Menteri didakwa bakal digugurkan daripada senarai jemaah Kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.Malah, terbaru hari ini tular kononnya Ismail Sabri akan mengumumkan rombakan Kabinet dalam masa terdekat termasuk pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan pengguguran beberapa Menteri dari UMNO dan Bersatu.
Tiga nama yang dikaitkan dengan pelantikan TPM ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Penerangan merangkap Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Khabar angin mengenai rombakan Kabinet mula bertiup kencang selepas majoriti rakyat dan pemimpin politik termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa tidak puas hati dengan respons lambat anggota jemaah menteri kepada mangsa banjir di Lembah Klang baru-baru ini.
Keadaan itu menjadi semakin panas susulan dakwaan bahawa kelewatan bantuan dan misi menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam dan Hulu Langat, Selangor adalah berpunca daripada kurang koordinasi antara pihak berkuasa negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi lain.
Perkara itu, bertambah hangat selepas kerajaan mengumumkan tidak bercadang untuk meluluskan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kali kedua kerana bantuan mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kedai Percuma Pak Nil bantu mangsa banjir
- Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?
- Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil
- Isteri kantoi curang 3 kali, suami lafaz talak depan anak
- Long Tiger Junior semakin ramai
- Ketegangan dalam Umno ekoran langkah kerajaan sekat pengeluaran KWSP
- Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
- Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
- Kes Mayat Reput: Tatu Bunga Mawar Warna Hitam Pada Punggung Mayat
- Al-kisah kambing dan PAS
- Emma Watson bersolidariti bersama Palestin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET