Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim

Sekiranya Sanusi tak keluarkan kenyataan menghina, tidaklah dia didakwa.

Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim

Pemimpin PAS mendakwa pertuduhan dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, di mahkamah adalah disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, berkata tindakan pendakwaan itu dianggap seperti klimaks dalam ‘melumpuhkan’ kemaraan PAS dan Perikatan Nasional (PN) menjelang PRN ini.

“Kita serah kepada proses undang-undang, tidak ada masalah cuma kita nak bagi sokongan solidariti di atas pentas politik yang kita tengah hadapi PRN di enam negeri, ini yang jadi klimaks.

“Kita tengok sekarang di Kedah punca kepada ini disebabkan oleh PRN,” katanya di pekarangan bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang, hari ini.

Pada masa sama, Awang yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkata, pendakwaan kes berkaitan 3R (agama, bangsa, raja) terhadap Muhammad Sanusi ini juga diharap mampu menjadi pengajaran buat semua pihak khususnya pemimpin politik supaya lebih berhati-hati.

“Benda sudah terlajak dan ini mungkin pengajaran buat masa depan untuk semua bukan untuk Sanusi sahaja,” katanya. BH

Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker