Zahid beri lalaun kerusi Kuala Kubu Bahru kepada DAP

Zahid hari ini membuat ketetapan tidak akan menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu di Selangor, ekoran kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong semalam.

Sebaliknya, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu akan menghormati siapa saja calon yang akan diangkat bagi mewakili kerajaan di kerusi terbabit.

“Kita tahu bahawa DUN di Selangor iaitu (kerusi) Kuala Kubu Bharu telah kosong disebabkan Adunnya meninggal dunia.



“Oleh itu kami merasakan bahawa walaupun jumlah pengundi Melayu di Kuala Kubu Baru itu telah meningkat kepada kira-kira 50 peratus, demi hormati kerajaan Madani, saya rasa rakan dalam Umno dan komponen BN harus hormati kerusi itu.

“Siapa sahaja yang dicalonlan pengerusi kerajaan perpaduan insya-Allah jentera Umno bukan sahaja dari Selangor tetapi saya yakin jentera BN terutama dari MCA dan parti Friends of BN akan bersama dengan Umno untuk turun membantu calon berkenaan,” katanya ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama Majlis Kerja Tertinggi Umno, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, rasa hormat sesama parti kerajaan perlu diterjemahkan di Kuala Kubu Bharu.

“Mudah-mudahan hubungan yang terjalin ini sama-sama didukung, mantap dan kukuh,” katanya.



Lee menghembus nafas terakhirnya semalam selepas bertarung melawan kanser sejak beberapa lama.

Dia memenangi kerusi Kuala Kubu Baharu sejak 2013 apaila menewaskan Ooi Hui Wen (MCA) dengan majoriti 1,702 undi.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Lee mempertahankan kerusi berkenaan dengan menewaskan empat calon lain, termasuk dari PN, Teoh Kien Hong yang merupakan pencabar terdekat.

Mendiang dijarakkan dengan majoriti 4,119 undi.



Ahmad Zahid berkata pendirian BN itu dibuat atas semangat dukungan parti itu kepada kerajaan perpaduan hari ini.

“Kami telah mencapai beberapa (kata sepakat), dan kita terus istiqamah dan mendukung rasa perpaduan dalam kalangan parti komponen kerajaan perpaduan.

“Kita mahu keadilan politik negara terus dipertahankan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker