Adakah Rasulullah s.a.w. Mengetahui Perkara Ghaib?

Adakah Rasulullah s.a.w. Mengetahui Perkara Ghaib?

Umat Islam wajib beriman dengan perkara ghaib yang dikhabarkan oleh Allah Taala dalam al-Quran dan Rasulullah s.a.w dalam sunnahnya yang sahih.

Beriman dengan perkara ghaib adalah ciri utama orang yang bertakwa. Di dalam ayat yang kedua surah al-Baqarah, Allah Taala menjelaskan bahawa al-Quran itu tiada keraguan padanya dan merupakan petunjuk dan hidayah kepada orang yang bertakwa.

Seterusnya Allah menyatakan bahawa sifat utama orang yang bertakwa adalah beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat dan menunaikan zakat.

Perhatikanlah bagaimana Allah meletakkan keimanan dengan perkara ghaib sebelum kewajipan solat dan zakat. Ini jelas menunjukkan paksi utama agama Islam adalah kepercayaan terhadap perkara ghaib yang datang dalam wahyu.

Adakah Rasulullah s.a.w. mengetahui perkara ghaib? Sebenarnya, Rasulullah s.a.w. tidak mengetahui keseluruhan perkara ghaib. Allah Taala berfirman dalam Surah al-Naml: 65,

“Katakanlah lagi: “Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah. Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula sesudah mati.”

Namun, sebagai seorang nabi yang diutus juga sebagai rasul, Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu tentang sekalian banyak perkara ghaib. Baginda diberitahu oleh Allah tentang sebahagian perkara ghaib yang terdahulu, yang semasa dengan Baginda dan juga yang akan muncul selepas Baginda wafat.

Allah Taala menegaskan, Rasulullah s.a.w. tidak mengetahui perkara ghaib, namun Baginda s.a.w. tegar mengikuti apa yang diwahyukan oleh Allah kepada Baginda, merangkumi perkara ghaib.

Firman Allah Taala dalam surah al-An’am:50, “Katakanlah: “Aku tidak mengatakan kepadamu bahawa perbendaharaan Allah ada di sisiku dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat. Aku tidak mengikuti melainkan apa yang diwahyukan kepadaku.”

Dari ayat al-Quran yang dinyatakan di atas jelas bahawa Baginda s.a.w. tidak mengetahui perkara ghaib melainkan setelah diwahyukan kepadanya oleh malaikat Jibril. Jadi jika Rasulullah s.a.w. sebagai seorang nabi yang mulia di sisi Allah pun tidak mengetahuinya, apatah lagi kita sebagai orang biasa. Wallahu a’lam Utv

Adakah Rasulullah s.a.w. Mengetahui Perkara Ghaib?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker