Omicron: Thailand rancang beri dos vaksin keempat
BANGKOK – Disebabkan varian Omicron yang sangat mudah menjangkiti, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) merancang memberikan dos vaksin keempat untuk kumpulan yang berisiko dan terdedah dengan Covid-19.
“Kumpulan orang dewasa berumur 60 tahun dan ke atas, penghidap penyakit kronik, kakitangan perubatan serta petugas barisan hadapan boleh menerima dos keempat untuk mengekalkan imuniti mereka,” kata Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang.
Beliau berkata, BMA akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai suntikan keempat apabila pelaksanaannya diluluskan.
Minggu lalu, Israel mengumumkan pemberian dos keempat vaksin Covid-19 dengan kesan serta-merta untuk kumpulan yang berumur 60 tahun ke atas, pekerja perubatan dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah dalam usahanya untuk melindungi daripada varian Omicron.
Pakar virologi di Universiti Chulalongkorn, Yong Poovorawan membangkitkan kebimbangan bahawa kes Omicron boleh merebak lebih meluas di Thailand selepas cuti Tahun Baharu.
“Oleh itu, orang ramai harus mematuhi langkah-langkah untuk membendung penularan virus itu,” katanya dipetik The Nation pada Isnin.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam mendedahkan rancangan untuk menangani potensi wabak Covid-19 yang disebabkan oleh varian Omicron tahun depan.
Setakat ini, Thailand merekodkan lebih 200 kes Omicron di 10 wilayah termasuk Kalasin, Pattani dan Bangkok.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, Thailand merekodkan 2,437 kes baharu Covid-19 dan 18 kematian, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 2,212,407 kes dan 21,598 kematian. – Bernama
Omicron: Thailand rancang beri dos vaksin keempat
Baca Artikel Menarik:
- Yang penting Cina tempatan berjiwa Malaysia, kata Najib kepada Mahathir
- Najib label Mahathir rasis, pembohong ekoran isu Forest City
- Pelawak Achey Tegur Sistem Agihan Di PPS Sumbangan Orang Ramai Untuk Mangsa Banjir [VIDEO]
- ‘Abang Viva’ kini takut, malu
- “Cantik Weh Dia. Ada Iras Lisa BlackPink” Pelakon Didie Alias Dulu Dan Sekarang [VIDEO]
- Hina Nabi Muhammad bukan kebebasan bersuara – Putin
- Baby Shima dilabel betina bantu orang guna duit haram
- Guru agama baru selesai mengajar rentung kereta terbakar
- Doktor Kongsi Tentang Vaginismus Dan Pasangan Tak Pernah ‘Bersama’ Bila Suami Datang Dia Tolak”
- Gearbox X70 rosak tak selesai, pengguna berang hantar surat peguam
- Suzuki Katana kembali dengan lebih kompak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET