35 lagi maut, korban keseluruhan Covid-19 kini 31,369



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, semalam sebanyak 35 kematian baru direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 31,369.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan itu enam orang (17.1 peratus) meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 11 orang, membentuk 31.4 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kematian lain dicatatkan di Pulau Pinang (lima) Perak (empat), Johor (tiga), Kuala Lumpur (tiga), Kelantan (dua), Negeri Sembilan (dua), Sabah (dua), Kedah (seorang), Melaka (seorang) dan Pahang (seorang).

Perlis, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya pula tidak mencatat sebarang kematian baru.




Sebanyak 22 daripada 35 kematian yang dilaporkan itu – atau 62.9 peratus – berlaku dalam tujuh hari terakhir lalu.

Baki kematian pula berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 36 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak 34, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 1,056 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 1,612 kematian Covid-19 dilaporkan pada Nov, 2,704 pada Okt, 9,678 pada Sept dan 7,641 pada Ogos.




Setakat semalam, terdapat 42,917 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 17.8 peratus daripada 52,220 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 36.2 peratus daripada 67,253.

Kemas kini selepas tengah malam KKM juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 2,757 kes baru, sebanyak 88 daripadanya dapat dikesan kepada kluster Covid-19 yang masih berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 55 (62.5 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 14 (15.9 peratus) adalah daripada penularan komuniti.




Baki kes dikesan kepada kelompok yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (9 – 10.2 peratus), import (5 – 5.7 peratus) dan institusi pendidikan (5 – 5.7 peratus).

KKM memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di Github sebagai sebahagian daripada inisiatif data terbukanya.

35 lagi maut, korban keseluruhan Covid-19 kini 31,369


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat



Leave a Reply

Your email address will not be published.