Biodata Artis Nabila Huda Suhaimi. Profail dan Latar Belakang.
Kehidupan awal
Nabila Huda dilahirkan pada 2 Disember 1984 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung kepada penyanyi rock terkenal dan vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abil mempunyai empat adik-beradik berlainan ibu—Irisha Myra (lahir 1997), Alexander Zulkarnain (lahir 2003), Sania Samara (lahir 2005) dan Qaqa At-Tameemi (lahir 2008).
Kehidupan peribadi
Nabila berkahwin sebanyak dua kali. Beliau berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Kesha Laila yang dilahirkan pada 2009.[46] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2011.
Pada 25 Disember 2015, Nabila telah sah bergelar isteri sekali lagi buat kali kedua kepada Mohd Izwan Johar seorang tauke kafe hipster. Beliau menerima mas kahwin berjumlah RM300.
Nabila mendedahkan pada Ogos 2018 yang beliau sudah tiga tahun tidak bertemu dengan bapanya, Amy Search sejak 2015. Beliau turut mendedahkan mempunyai perselisihan faham dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan yang lebih dikenali sebagai Norish.
Biodata Artis Nabila Huda Suhaimi. Profail dan Latar Belakang.
|
|
---|---|
Kelahiran |
Nabila Huda binti Suhaimi
2 Disember 1984 Kuala Lumpur, Malaysia
|
Nama lain | Abil |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 2001–kini |
Pasangan | Zaidi Zailani (k. 2008; c. 2011) Mohd. Izwan Johar (k. 2015) |
Anak | Keisha Laila |
Ibu bapa |
|
Biodata Artis Nabila Huda Suhaimi. Profail dan Latar Belakang.
Disyorkan Untuk Anda :
- Nabila Huda Meriahkan Acara Yakult, Permainan Maya Tawar Wang Tunai RM10,000
- Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen
- Tak terkelip tengok Nabila Huda bertinju
- Bersungguh Demi Nak Kurus Bila Nabila Huda Buka Langkah Muay Thai [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
Melodi: Nabila Huda ganti Awal, Janna?