Pemimpin UMNO jangan menari ikut pukulan gendang pihak luar

Pemimpin UMNO jangan menari ikut pukulan gendang pihak luar

“BAK kata orang, kita tak menari ikut apa yang mereka pukul gendang.”

Itu kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menasihatkan kepemimpinan tertinggi parti itu tidak menari mengikut pukulan gendang pihak luar.

Ia berhubung dakwaan kononnya UMNO ketika ini berpecah kepada beberapa kem.

Memetik laporan BH Online, Mohamad atau Tok Mat menegaskan, setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti.

“Saya tak perasan pula ada banyak kem, tak ada (kem) pun. Orang nak panggil kem siapa-siapa biarlah. Asalkan kami tidak terikut-ikut dengan dakwaan itu.

“Dalam ucapan saya kepada ahli dan pimpinan UMNO Kedah tadi pun ada menyebut perkara ini, mereka (pihak luar) tak tahu saya selalu jumpa dengan pemimpin parti, tak kan saya hendak uar-uarkan hari ni saya jumpa Perdana Menteri dan muat status dalam Facebook saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya dan pimpinan Bahagian UMNO Kedah, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pembahagian kerusi BN diputuskan pemimpin tertinggi

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sebuah portal berita berhubung kemungkinan UMNO berpecah kepada tiga kem selepas pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung tikam-menikam dalam parti Melayu itu.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya cubaan Mohamad untuk menjatuhkan Ahmad Zahid dalam satu pertemuan dengan pemimpin lain pada Mei lalu.

Berdasarkan laporan portal berkenaan, penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA, Mujibu Abd Muis berkata, pendedahan itu mengesahkan perang saudara dalam parti Melayu terbesar itu dan bakal membentuk kem baharu.

Mengulas lanjut, Mohamad menegaskan pihaknya enggan melatah dengan tuduhan yang dilemparkan sebaliknya menyifatkan hanya kepimpinan parti tersebut yang mengetahui perkara sebenar.

Pemimpin UMNO jangan menari ikut pukulan gendang pihak luar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker