Kerana Mengabaikan Perintah Allah, Inilah Akibatnya…
Kerana Mengabaikan Perintah Allah, Inilah Akibatnya…
Banjir kilat dan buruk berlaku kerana pembangunan dan penebusan guna tanah secara tidak terancang serta tidak terkawal. Penebusan tanah ini akan menyebabkan berlakunya bencana alam, itu kata Rosmidzatul Azila Mat Yamin Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, banyak tanah telah ditebus guna untuk penempatan dan pembangunan. Begitu juga dengan tanah tinggi yang telah banyak ditebus guna untuk dijadikan kawasan penempatan. Sedangkan Allah sudah mengingatkan, bukit-bukau dan gunung ganang itu adalah pasak bumi.
Amat benarlah seperti yang disebut di dalam firman Allah, surah An-Naba ayat 7,
“Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.”
Katanya, bayangkanlah jika sudah dikatakan gunung-ganang itu sebagai pasak bumi tetapi manusia mengambil jalan mudah memusnahkannya. Apa yang akan terjadi? Jawabnya, bencana sudah menanti.
Kesan dari penerokaan hutan dan tanah bukit telah menyebabkan tanah runtuh. Yang mana, tanah runtuh ini akan dibawa ke sistem saliran dan akhirnya akan berlaku pemendapan kelodak di sungai-sungai serta tasik. Dan, ia akan menyebabkan sungai dan longkang menjadi cetek.
Apabila hujan turun, ia akan melumpuhkan peranan sungai itu sendiri untuk menyimpan air, sungai-sungai sudah tidak mampu lagi untuk menampung air. Akhirnya, apabila hujan lebat air akan melimpah dengan cepat dan terjadilah banjir kilat.
Kemudian, jelas Rosmidzatul, kawasan hutan yang diterokai untuk pembangunan turut memberi kesan kepada keseimbangan. Sedangkan kawasan hutan Allah beri kepada manusia adalah sebagai kawasan tadahan air. Kawasan hutan ini adalah kawasan yang telap air apabila ditukarkan kepada kawasan tidak telap air seperti digantikan dengan bangunan dan kawasan bertar maka ia akan menimbulkan masalah.
Menurutnya, secara semula jadi hujan yang turun akan menimpa kanopi hutan terlebih dahulu sebelum sampai ke tanah dan diserap. Seterusnya mengalir mengikut kitaran hidrologi secara normal.
Di situ tanah berperanan umpama span yang akan menyerap lebihan air hujan. Manakala sistem akar tunjang daripada pokok-pokok yang berada jauh di dalam tanah pula bertindak memegang span tanah ini bagi membolehkannya menyimpan serta melepaskan lebihan air sedikit demi sedikit.
Tanpa ekosistem hutan, kawasan bukit atau tanah tinggi yang tanahnya terdedah tanpa akar-akar tunjang daripada pokok-pokok besar, maka limpahan hujan lebat akan terus jatuh dalam kuantiti yang besar ke atas tanah.
Dengan ini, tanah terpaksa menyerap jumlah air yang banyak dengan kadar segera. Sedangkan partikel tanah ini telah longgar berbanding tanah yang kaya dengan sistem akar semula jadi yang mengakibatkan span tanah cepat menjadi tepu, seterusnya mengundang kejadian runtuhan cerun dan sebagainya.
Sedangkan kalau mengikut faktanya hutan itu dapat menyerap air hujan yang turun sebanyak 2-20 peratus air. Dan selebihnya akan dialirkan ke sungai, tasik atau laut. Apabila kawasan hutan sudah semakin minimum menyebabkan air yang turun sudah tidak mampu diserap oleh tanah hutan.
Pencemaran Menjadi Punca
Faktor yang seterusnya adalah pencemaran, banjir kilat juga berlaku disebabkan oleh pencemaran. Rata-rata kesedaran masyarakat tentang penjagaan alam sekitar masih kurang. Buang sampah merata-rata ke dalam sungai, longkang dan sistem saliran hingga menyebabkan saliran air tidak berlaku dengan betul dan tersumbat.
Bala yang diturunkan di dalam bentuk banjir yang bersebab dari hujan itu adalah kerana alam telah banyak menderita dan mula memberontak. Memang tidak dapat dinafikan, untuk hidup perlu eksploitasi hasil bumi namun jangan sampai berlebih-lebihan. Malangnya, apa yang dilihat hari ini eksploitasi yang dilakukan adalah secara berlebihan dan lebih kepada tujuan keuntungan semata-mata.
Oleh itu sebagai pihak berkuasa yang punya kuasa dan tanggungjawab, kaji kembali pembangunan yang ada agar kita tidak merana dan menderita sepanjang masa disebabkan bencana ini. Wallahu a’lam Utv
Kerana Mengabaikan Perintah Allah, Inilah Akibatnya…
Baca Artikel Menarik :
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU</a