China, Laos rasmi laluan kereta api sejauh 1,000 kilometer
BEIJING – Sebuah laluan kereta api yang menghubungkan antara China dan Laos dirasmikan kelmarin sebagai sebahagian daripada Jalur dan Laluan antara kedua-dua negara, lapor laman berita Wion News.
Landasan kereta api sepanjang 1,000 kilometer menghubungkan bandar Kunming di China dengan ibu kota Laos, Vientiane itu menelan belanja AS$6 bilion (RM25.386 bilion) untuk dibina.
Dalam majlis perasmian secara maya yang dihadiri oleh Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith, Jinping berkata, kedua-dua negara itu kini berada pada ‘titik permulaan sejarah baharu’.
‘’China bersedia untuk mengukuhkan komunikasi strategik dengan Laos, mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi menerusi Inisiatif Jalur dan Laluan dan terus membina komuniti China-Laos yang tidak boleh dipisahkan menerusi masa depan yang dikongsi bersama,’’ katanya.
China turut berharap untuk mengembangkan laluan kereta api itu melalui Thailand dan Malaysia menuju ke Singapura.
Laluan itu dibina oleh sebuah syarikat milik pemerintah China dengan Beijing memiliki 70 peratus kepentingan dalam projek tersebut.
Menurut agensi berita Xinhua, terdapat berbilang terowong dan jambatan sepanjang landasan kereta api itu dengan nisbah 87 peratus di kawasan China dan 63 peratus lagi di wilayah Laos.
Antaranya termasuk Jambatan Ban Ladhan Mekong, Jambatan Luang Prabang Mekong, Terowong Ban Sen No. 2 dan Terowong Ban Nakok.
Bagaimanapun, ahli-ahli ekonomi sebelum ini memberi amaran bahawa projek ini akan menyukarkan Laos untuk membayar balik hutang luar negaranya. – Agensi
China, Laos rasmi laluan kereta api sejauh 1,000 kilometer
Baca Artikel Menarik:
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET