MP Kuala Kangsar diminta jawab surat tunjuk sebab sokong PM

MP Kuala Kangsar diminta jawab surat tunjuk sebab sokong PM

Lembaga Disiplin Bersatu sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim 12 Okt lalu.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata langkah itu dibuat sebelum sebarang tindakan diambil ke atasnya mengikut perlembagaan parti.



Dalam kenyataan, beliau berkata kedudukan Iskandar dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi.

Sebelum ini, Iskandar menerusi kenyataan menjelaskan beliau menyokong kepimpinan Anwar kerana tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terbiar dan ketinggalan semata-mata perbalahan naratif politik, walaupun tetap bersama Bersatu.

Keesokannya, Hamzah yang juga setiausaha agung Perikatan Nasional (PN) mendakwa Iskandar “diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah” oleh seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan pertemuan dengan seorang ahli perniagaan yang menjanjikan habuan wang dan kedudukan dalam beberapa syarikat.

Hamzah bagaimanapun tidak menamakan pegawai tinggi dan ahli perniagaan berkenaan.



Sementara itu, Hamzah berkata mesyuarat dipengerusikan Presiden Muhyiddin Yassin itu juga menetapkan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu diadakan pada 23 hingga 25 Nov ini di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

“Jawatankuasa Induk Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu akan dipengerusikan Naib Presiden, Radzi Jidin.

“Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bermula dengan perasmian sayap-sayap pada 23 Nov, sebelum diikuti Perhimpunan Agung pada 24 dan 25 Nov,” katanya. FMT

MP Kuala Kangsar diminta jawab surat tunjuk sebab sokong PM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker