Pendaftaran pengundi 18 tahun berkuat kuasa 15 Disember
Pendaftaran pengundi 18 tahun berkuat kuasa 15 Disember
Pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas sudah diwartakan dan berkuat kuasa 15 Disember ini.
Pindaan Perlembagaan yang diwartakan pada 25 November lalu itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menetapkan tarikh 15 Disember sebagai tarikh mula berkuat kuasa.
Sebelum ini, cadangan pindaan itu sudah diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019, namun tidak dilaksanakan.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar penurunan usia pemilih kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Disember atau kerajaan boleh dikenakan tuduhan menghina mahkamah, jika gagal berbuat demikian.
Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lalu memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan selewat-lewatnya 31 Disember ini.
Pelbagai perhimpunan di bawah gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Undi18, diadakan sejak tahun 2016 yang menuntut agar hak kira-kira 1.2 juta pengundi belia tidak dinafikan. BH
Pendaftaran pengundi 18 tahun berkuat kuasa 15 Disember
Baca Artikel Menarik :
- Najib sekolahkan Wan Saiful isu hutang
- Shahidan merungut tak dijemput turun ke padang
- Ismail turun padang, janji kurangkan beban rakyat
- Saya masih ada wang, 18 piala – TMJ
- Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu – Sanusi
- Pelakon Nynaa Harizal Kembali Taat Kepada Suami, Tak Jadi Cerai
- Tommy Thomas Admits Zeti Should Be Charged, So What Are We Waiting For?
- Hati penjaga gol KL City sudah ditawan
- 9 Tempat Menarik Di Pulau Tioman, Aktiviti & Tips Penting Untuk Anda Explore!
- Guru pun bimbang silibus darjah satu macam tingkatan satu
- DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.