Dr Maza tegur umat Islam tumpu hal bukan selesai masalah

SHAH ALAM – Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur umat Islam di negara ini kerana menumpukan kepada hal-hal bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya perkara yang sedap untuk diperdebatkan.

Mengambil contoh isu nama arak Timah baru-baru ini, Mohd Asri berkata, isu yang lebih asas sebenarnya adalah mengenai berapa ramai orang Islam yang bekerja di industri berkaitan arak.

“ALLAH bukan sahaja melaknat peminum arak, ALLAH juga melaknat orang yang diminta membawa arak dan orang yang menuang arak. Semua itu terbabit dalam arak,” katanya dalam Program Bersama Dr Maza dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung menerusi semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Johan terdahulu bertanyakan pandangan Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza berhubung tumpuan umat Islam terhadap perkara-perkara kecil.

Baru-baru ini, isu penggunaan jenama Timah pada arak keluaran tempatan serta gambar seorang lelaki yang dikatakan berketayap pada labelnya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam.



Mengulas lanjut, Mohd Asri menambah, ramai pihak membincangkan tentang jenama arak Timah berkenaan tetapi mereka lupa bahawa kebanyakan kedai-kedai yang ada menjual arak menjadikan umat Islam sebagai pekerjanya.

“Sebab apa? Sebab itulah pasar raya-pasar raya yang tidak dikuasai oleh orang-orang kita. Kalau kita menguasai pasar raya-pasar raya besar, tentu kita boleh memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak kita,” jelas beliau.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker