Panik punya fasal, warga emas terlanggar cermin premis bank

Keadaan kereta Perodua Axia yang dipandu warga emas melanggar cermin kaca sebuah bank ketika orang ramai sedang berurusan di Pusat Peniagaan BBU, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Akibat terlalu panik seorang lelaki warga emas tertekan pedal minyak kereta Perodua Axia dipandu lalu melanggar cermin kaca sebuah bank di Pusat Perniagaan Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, warga emas berusia 80-an bersama isterinya baru sahaja melakukan urusan di bank berkenaan.

Ketika mahu keluar dari parkir kenderaan, lelaki itu dikatakan terlebih dahulu melanggar kereta yang berada di belakang ketika mengundur sebelum terkejut dan tertekan pedal lalu melanggar cermin kaca.

Menurut seorang kakitangan bank, ketika kejadian tidak ada pelanggan yang beratur panjang di luar pintu utama dan hanya tiga orang yang sedang duduk berhampiran bergegas lari apabila melihat kereta tersebut tiba-tiba meluncur ke hadapan.

“Ketika kejadian terdapat kira-kira 10 orang pelanggan sedang berurusan manakala seorang kakitangan yang bekerja di kaunter jualan hanya tiga meter dari tempat kenderaan itu melanggar cermin tersebut,”katanya. -K! ONLINE

Panik punya fasal, warga emas terlanggar cermin premis bank


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.net


Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker