Mawi tiada lesen memandu

Mawi tiada lesen memandu

Tidak suka memandu dan tidak minat dengan kereta membuatkan penyanyi dan pengarah filem, Mawi, 42, tidak memiliki lesen memandu sehingga hari ini.

Mawi juga tidak bercadang untuk mengambil lesen memandu kerana tiada keperluan buatnya apatah lagi isteri, Ekin dan pengurus selalu bersama dengannya.



“Saya memang tak ambil lagi (lesen memandu). Bukan sebab trauma atau apa, tidak langsung. Cuma, saya memang tidak suka memandu,” katanya.

Namun, Mawi bukan tidak boleh memandu kereta, tetapi dia cuma memandu di kawasan rumah atau dalam kampungnya di Felda Taib Andak, Johor.

“Kalau saya memandu pun, hanya bawa (pandu) depan rumah saja. Dalam kampung, saya bawalah. Di Felda (Taib Andak) itu kampung saya, okaylah. Tapi, keluar ke jalan utama memang saya tak bawa.

“Saya tak suka pandu kereta. Kalau keluar dengan isteri, dia yang akan memandu. Kalau pergi kerja pula, pengurus saya, abang Talib akan pandu,” katanya.



Menurut Mawi, dia mengikut sikap bapanya, Allahyarham Ani Ahmad yang sama sepertinya iaitu tidak suka memandu.

“Bila saya tengok balik, bapa pun tak suka memandu juga. Dulu, bapa cuma ada motosikal, dia tak pernah beli kereta.

“Kalau dia nak keluar, dia akan telefon ‘prebet sapu’ (kereta sewa) yang diusahakan rakannya di kampung. Nak pergi klinik atau bawa anak-anak ‘shopping’ (membeli-belah), dia akan ‘call’ rakannya itu,” katanya.

Menurut Mawi, jika ada di antara rakan-rakannya bercerita mengenai kereta, dia memang tidak boleh ‘masuk’ sebab tak tahu apa-apa dan hanya mendengar saja.



“Saya boleh memandu, tapi setakat ini ke mana saja saya hendak pergi Allah akan selalu lorongkan ada orang lain yang muncul bantu saya. Pernah juga saya minta pada Ekin nak memandu, tapi dia tak bagi sebab tak yakin.

“Dari dulu, saya memang tak pernah minat dengan kereta. Tapi, pernahlah bercita-cita kalau ada kereta Perodua Kancil pun cukup, tapi Allah beri saya rezeki besar sedikit iaitu Suzuki Swift ketika juara Akademi Fantasia 3 (AF3) dulu.

“Saya ini seorang yang tak minat kereta, tapi Allah kurniakan saya banyak rezeki kereta. Di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), saya menang tiga buah kereta. Semuanya saya beri kepada adik-beradik untuk mereka guna dan ada juga yang saya jual kepada rakan,” katanya.

Sepanjang bergelar penyanyi, Mawi pernah menang tujuh buah kereta. Selain Suzuki Swift, antaranya Proton Satria Neo, Kia Sorento dan Proton Savvy dengan nombor plat khas, MAW1100.



Katanya, hanya Suzuki Swift yang masih dimilikinya kerana itu kereta pertama dimenanginya.

Baru-baru ini, Ekin mendedahkan suaminya, Mawi tiada lesen memandu selama 16 tahun mereka hidup bersama.

Mawi dan Ekin bernikah pada 21 Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika, 12.

Terdahulu, Mawi ditemui pada sesi fotografi bersama Datuk Ustaz Kazim Elias dan Anas Tahir, di sini, bagi mempromosikan filem Zim Zim Ala Kazim yang akan menemui penonton di pawagam tanah air pada 13 Jun depan. HM



Mawi tiada lesen memandu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker