Saya dah beri amaran, dasar PN akan sebabkan inflasi lebih teruk

Saya dah beri amaran, dasar PN akan sebabkan inflasi lebih teruk

Najib Razak berkata beliau sudah pun memberi amaran pada awal tahun ini bahawa dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menyebabkan inflasi lebih tinggi pada bulan seterusnya, sekali gus menepis dakwaan beliau tidak mahu berdebat mengenai isu kenaikan harga barang yang semakin membarah.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kenaikan mendadak harga barang ketika ini berpunca daripada dasar fiskal, buruh dan ekonomi kerajaan PN sejak tahun lalu serta “lockdown” separuh masak yang dilaksanakan begitu lama mengakibatkan kekurangan bekalan dan perubahan permintaan yang tidak konsisten.

Katanya, sejak Februari beliau sudah memberi amaran kegagalan kerajaan Muhyiddin Yassin menetapkan harga lantai bahan api dan menarik semula semua subsidi elektrik serta-merta akan menjadi punca inflasi naik mendadak.

“Bukan sebab GST (cukai barang dan perkhidmatan) atau hanya sebab pemantauan harga barang oleh kerajaan ketika ini.

“Berdasarkan apa yang saya lihat ketika itu, saya dah ramal inflasi akan menjadi masalah besar pada separuh akhir tahun ini walaupun kerajaan PN asyik menafi. Kata inflasi akan terkawal,” katanya di Facebook.

Najib, antara pemimpin yang agresif memberi cadangan dan mengkritik dasar kerajaan PN, berkata beliau sudah pun mencadangkan kerajaan PN menggunakan mekanisme automatik untuk mengawal harga ayam dan telur agar kekurangan bekalan tidak berlaku.

“Bukan hanya dengan mengenakan kawalan harga, yang sebenarnya memburukkan keadaan dan membawa kepada kekurangan bekalan, yang akhirnya akan naikkan harga ayam dan telur dengan jauh lebih tinggi.

“Tapi apa saya mampu buat sebab menteri-menteri ‘bijaksana’ mengawal dasar kewangan dan ekonomi kerajaan gagal PN terdahulu tak mahu dengar?” katanya.

Justeru, Ahli Parlimen Pekan itu berkata bagi mengawal kenaikan mendadak harga barang, kerajaan perlu menaikkan secara berperingkat cukai durian runtuh bagi harga minyak sawit diproses untuk diagihkan sebagai subsidi dedak dan subsidi gaji pekerja tempatan.

Sebelum ini FMT melaporkan keluhan penternak ayam berhubung kenaikan harga jagung, kacang soya dan minyak sawit mentah yang merupakan bahan untuk membuat dedak, makanan utama ayam.

Najib berkata, jika isu kenaikan bahan asas tersebut tidak dapat diselesaikan bermakna pengeluaran ayam dan bekalan stok akan berkurang.

Selain itu, Najib mencadangkan kerajaan membenarkan pekebun dan penternak mengambil pekerja asing sekiranya masih gagal mengambil pekerja tempatan.

Katanya, setiap negeri juga perlu menyediakan tanah bagi skim pertanian seperti Felda untuk memberi peluang kepada generasi baharu peneroka pertanian. FMT

Saya dah beri amaran, dasar PN akan sebabkan inflasi lebih teruk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker