Pembuat perabot maut, motosikal bertembung Vellfire
Pembuat perabot maut, motosikal bertembung Vellfire
MACHANG – Seorang pembuat barangan perabot maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna dinaiki empat sekeluarga di hadapan sebuah stesen minyak di kilometer 3.3, Jalan Machang-Tanah Merah, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Fakhrur Radzi Yahani, 24, yang mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki Smash Revo dipercayai tiba-tiba keluar dari simpang sebuah stesen minyak menghala ke Machang.
Menurutnya, insiden itu menyebabkan MPV jenis Toyota Vellfire yang dinaiki empat sekeluarga tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motosikal mangsa.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Machang untuk proses bedah siasat.
“Manakala pemandu MPV, isteri bersama ibu dan bapanya turut cedera dan mereka dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Jelas beliau, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. K Online
Pembuat perabot maut, motosikal bertembung Vellfire
Baca Artikel Menarik :
- Najib sindir Mahathir isu tanah Langkawi
- Zuraida kunci mulut mengenai Parti Bangsa Malaysia
- Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
- Sah, Tauke Jambu kahwin lain
- Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?
- Anwar berang dengan rakan sekutu, “jangan angkuh beri pandangan”
- Setahun di balik tirai besi, lelaki sebak disambut rakan saat bebas
- Lebih mudah duduk di blok kerajaan – ADUN Bemban
- Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku
- Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang
- Biawak ‘tunjuk’ mayat wanita
Layari Laman Facebook MYKMU
Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh
You must be logged in to post a comment.