PRN Sarawak: GPS umum calon 4 Dis

PRN Sarawak: GPS umum calon 4 Dis

Parti Gabungan Sarawak (GPS) akan mengumumkan senarai calon mereka yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) itu pada 4 Dis nanti.

Pengerusinya Abang Johari Openg berkata, gabungan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan penetapan tarikh 18 Dis sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak.

“Kita memang sudah menjangka hari pengundian akan diadakan sebelum sambutan Hari Krismas,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, susulan penetapan tarikh itu, GPS kini perlu memperkemaskan persiapan mereka bagi menghadapi PRN berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Sarawak ke-12 akan diadakan pada 18 Dis depan.

Pengerusinya, Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan tarikh untuk penamaan calon pada 6 Dis, manakala undi awal pada 14 Dis. FMT

PRN Sarawak: GPS umum calon 4 Dis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Gadis bertumbuk berebut teman lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker